fbpx

Frank Lampard dipecat

EVERTON memecat Frank Lampard sebagai pengendali selepas kurang setahun membimbing pasukan itu yang kini bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Everton tewas 2-0 kepada West Ham Sabtu lalu iaitu kekalahan kesembilan dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris yang meletakkan mereka pada tangga ke-19 liga dengan kutipan mata sama dengan pasukan tercorot, Southampton.

“Everton Football Club boleh mengesahkan yang Frank Lampard meletakkan jawatannya sebagai pengendali pasukan utama lelaki hari ini.

“Semua di Everton mengucapkan terima kasih kepada Frank dan barisan kejurulatihannya di atas perkhidmatan mereka sepanjang 12 bulan lalu.

“Dedikasi dan komitmen Frank serta pasukannya sangat memberangsangkan sepanjang kehadiran mereka di kelab, tetapi keputusan perlawanan dan kedudukan dalam liga memaksa kami membuat keputusan sukar ini.

“Kelab sudah memulakan proses mendapatkan pengendali baharu dan akan memaklumkannya dalam masa terdekat,” kata Tottenham.

Paul Tait dan Leighton Baines akan mengendali sesi latihan buat sementara waktu, dengan Everton akan bertemu pendahulu liga, Arsenal pada 4 Februari. – AFP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles