Bengkel SPM tidak diskrimasi agama, bangsa pelajar

JOHOR BAHRU – Penganjuran Bengkel Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Infant Convent Jesus tidak mendiskriminasi agama dan bangsa pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Johor, Norliza Noh berkata, perkara itu diterangkan menerusi pencerahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), program yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak mengabaikan dan mendiskriminasi agama dan bangsa pelajar.

“Saya menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan pendapat sendiri di media sosial.

“Perkara berkenaan boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni terutama kepada negeri Johor,” katanya.

Norliza berkata, pihaknya menjunjung kasih titah Sultan Johor agar tiada individu yang disisihkan daripada mana-mana program atas sebab agama dan bangsanya.

Beliau berkata, justeru, kerajaan negeri komited untuk menjadikan sekolah sebagai medan untuk menyemai semangat perpaduan dan menolak sebarang program atau aktiviti yang boleh membawa kepada diskriminasi kaum dan agama.

“Identiti bangsa Johor itu sendiri cukup sinonim sebagai pemangkin semangat untuk membentuk keharmonian, persefahaman dan toleransi antara pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Terdahulu, berikutan isu tular yang membabitkan SMK Convent Infant Jesus JB, Norliza mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru, pengurusan SMK Convent Infant Jesus Johor Bahru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Convent Infant Jesus Johor Bahru.

Ia bertujuan mendengar sendiri isu berkaitan Program Bengkel Pendidikan SPM SMK Infant Convent Jesus yang dijalankan dengan pembabitan pelajar Islam sahaja di sekolah terbabit.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles