fbpx

Pesara direman kes mayat wanita dalam semak

MARANG – Seorang pesara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di kawasan semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai di sini, Khamis lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berumur 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan di Jeli, Kelantan, 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris dalam kenyataan semalam berkata identiti mangsa telah dikenal pasti sebagai Zarina Mukhtar, 57, berpandukan padanan rekod cap jari Jabatan Pendaftaran Negara serta menerusi Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mayat itu ditemukan orang awam tanpa sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar dan tiada kesan pergelutan atau tompokan darah dijumpai di lokasi itu. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles