LIMA – Sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam kejadian bas terjunam ke dalam tebing di barat laut Peru, semalam.
Polis berkata, bas yang dimiliki oleh syarikat Qorianka Tours itu membawa 60 penumpang dari Lima untuk ke sempadan Ecuador, Tumbes.
Polis memberitahu kemalangan itu berlaku di kawasan sukar yang dikenali sebagai ‘Devil’s Curve’ dan punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan.
Sehingga kini, jumlah sebenar penumpang yang cedera tidak diketahui dan mangsa dibawa ke hospital El Alto di Mancora.
Ketika kejadian beberapa penumpang dilaporkan tercampak dari bas, manakala yang lain terperangkap dalam kenderaan berkenaan. – AFP