fbpx

Lelaki pukul isteri guna topi keledar ditahan

GUA MUSANG – Seorang lelaki ditahan selepas videonya memukul isteri menggunakan topi keledar tular di media sosial.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, di sini, jam 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, mengesahkan penahanan suspek selepas lelaki yang bekerja sendiri itu mengaku memukul isterinya disebabkan perselisihan faham.

“Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sakit.

“Hasil pemeriksaan, kita tidak menemukan apa-apa barang salah pada suspek, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methaphetamine.

“Polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian itu,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Chon Foo berkata, suspek kini direman empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam, media melaporkan polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan video tular seorang lelaki memukul wanita yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai makan, di sini, Khamis lalu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles