fbpx

Menu Rahmah bakal ke IPT

KUALA LUMPUR: Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi (IPT), dalam masa terdekat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled, berkata perkara itu akan dilaksanakan kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Insya-Allah, program ini akan masuk ke IPT tidak lama lagi. Saya percaya semua IPT awam mahupun swasta tiada masalah untuk menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Universiti UCSI Kampus Bangladesh, di sini, hari ini.

Sebelum ini, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40.

Program berkenaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dilaporkan berkata menerusi inisiatif berkenaan diharap tiada lagi golongan sasar yang tidak mampu membeli makanan di restoran.

Sementara itu, Mohamed berkata, pelancaran universiti UCSI di Bangladesh, yang bakal beroperasi pada Mei depan bersesuaian dengan rancangan pengantarabangsaan kementerian.

“Universiti UCSI Kampus Bangladesh akan mengangkat status Malaysia sebagai hab pendidikan global. Inisiatif pascapandemik UCSI in wajar dipuji dan saya galakkan lebih banyak pihak swasta yang mengikut jejak sama.

“Jenama pengajian tinggi di Malaysia sinonim dengan kualiti dan kita boleh memberi impak kepada pasaran antarabangsa,” katanya. Sumber BH Online

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles