fbpx

Usahawan perlu reset fokus agar jelas potensi, kemampuan diri

SHAH ALAM – Hampir 6,000 orang menyertai program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023) anjuran jenama mentorship usahawan No. 1 negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berlangsung di Setia City Convention Centre dekat bermula semalam.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, program tiga hari bermula Sabtu itu merupakan inisiatif Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023.
“Hari pertama Nak Ubah Hidup (NUH) menyaksikan sekitar 6,000 orang datang dengan penuh impian dan pengharapan.


“Kami jangkakan jumlah ini akan bertambah pada petang ini dan hari kedua nanti. Penganjuran program ini sangat signifikan kerana RichWorks mahu peserta-peserta sedar potensi diri ini meskipun cabaran di luar seperti kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat. Cabaran ini semakin berganda akibat faktor luaran manakala faktor dalaman ekonomi membuatkan ramai orang terhimpit dengan pelbagai masalah,” katanya.
Cabaran-cabaran ini membuatkan Dr. Azizan dan RichWorks beriltizam untuk berterusan memberi sokongan dan bantuan berdasarkan kemampuan yang dimiliki.
“RichWorks mempunyai sistem mentorship paling berstruktur sehingga berjaya melahirkan ribuan orang yang berjaya berubah bukan sahaja terhadap bisnes masing-masing malah terhadap kehidupan mereka,” kata Radz.

RADZ (tengah) menjelaskan usahawan terhimpit dengan masalah dalaman dan luaran.


Tambah Radz, peserta-peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.
“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008,” kata Radz.
RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, kata Radz.
Terdahulu, RichWorks dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan. RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.
“Peserta-peserta yang hadir mulai hari ini tiba dari seluruh pelosok negara malah ada yang datang dari Indonesia dan Singapura. Sudah tentu kami ada sesuatu yang istimewa. Kami ingin
menyatakan, RichWorks sentiasa ada bersama anda (RichWorks got your back) dalam apa keadaan cabaran ekonomi sekali pun kerana di sini lahirnya usahawan jutawan,” katanya.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles