fbpx

PM terlepas sambutan Thaipusam, jalani pemeriksaan di IJN

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negera (IJN) selepas dilaporkan tidak sihat.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy berikutan sambutan Thaipusam di Batu Caves, di sini, pada Ahad.


“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya seperti yang dilaporkan Awani.
Menurutnya, PM Anwar juga memaklumkan kepada beliau bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia untuk menyampaikan amanatnya akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, sambutan Thaipusam di Batu Caves meriah dengan kehadiran ratusan ribu penganut Hindu yang turut disertai pengunjung bagi meraikan sambutan perayaan Thaipsuam.

Anwar (kiri) tetap menjalankan tugas bersama anaknya, Nurul Izzah Anwar (dua kanan) yang juga merupakan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, serta Setiausaha Politik Kanan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (dua kiri).


Sementara itu, Anwar dalam cipannya di Twitter menyatakan:
“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf.”
Anwar turut memuat naik gambar yang menunjukkan beliau menjalankan tugas bersama anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, serta Setiausaha Politik Kanan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pada pagi Ahad, ketika ditemui pemberita di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Sivakumar berkata, Anwar memaklumkan bahawa beliau tidak sihat dan perlu mendapat rawatan di hospital.
Menurutnya, Anwar juga berkata bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil di seluruh Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyampaikan amanatnya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles