Mangsa gempa bumi Turkiye, Syria meningkat lebih 8,700

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 8,700 setakat ini.

Menurut pihak berkuasa Türkiye, kira-kira 13.5 juta orang dianggarkan terjejas secara keseluruhannya.

Di Turkiye sahaja, angka korban kini mencecah lebih 6,000 manakala jumlah mangsa cedera pula lebih 37,000.

Di Syria pula, angka kematian meningkat kepada hampir 2,500 dengan kes kematian dilaporkan sehingga dari bandar hama, kira-kira 250 kilometer dari pusat gempa.

Lebih 79,000 anggota penyelamat sedang giat mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus sebelum cuaca sejuk melampau melanda.

Anggota penyelamat bagaimanapun berdepan kesukaran mengakses kawasan yang paling teruk terjejas, akibat jalan rosak, cuaca buruk dan kurang peralatan.

Setakat ini, angka kematian meningkat susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis, pada awal Isnin. – Awani

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles