fbpx

Harley-Davidson Strap Tank 1908 dijual RM4 juta

LAS VEGAS – Sebuah motosikal Harley-Davidson keluaran tahun 1908 mencipta rekod jualan motosikal paling mahal dalam acara lelongan selepas dijual pada harga AS$935,000 (RM4 juta), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Firma lelongan Mecum Auctions berpangkalan di Las Vegas berkata, motosikal dikenali sebagai Strap Tank itu dijual dalam acara lelongan lewat bulan lalu.

“Harley merupakan jenama motosikal Amerika paling popular dan kami berjaya memasarkannya dengan baik.

“Anda pasti terkejut apabila kami berjaya menjual motosikal pada harga paling mahal,” kata Pengurus Bahagian Motosikal Mecum Auctions, Greg Arnold.

Tambah Arnold, Harley-Davidson Strap Tank itu adalah model yang jarang ditemui, menjadikannya sebagai suatu penemuan unik.

“Motosikal ini memiliki banyak bahagian asli. Ia menjadikan kenderaan tersebut lebih luar biasa,” jelasnya.

Motosikal tersebut ditemui dalam keadaan baik di sebuah bangsal di Wisconsin oleh seorang ahli perniagaan, David Uihlein pada 1941 sebelum dia menyimpan kenderaan itu selama 66 tahun.

Ia kemudian dibaik pulih oleh seorang individu bernama Paul Freehill dari negeri Indiana, kata Mecum Auctions. – Agensi

Previous article
Next articleKanak-kanak hilang ketika bermain di kuari

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles