fbpx

Budak hilang 23 jam dalam hutan ditemui masih cergas

KUCHING – Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di kawasan Kuari Batu Perigi, di Sematan dalam daerah Lundu, semalam ditemui selamat, hari ini.

Mangsa, Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum ditemui kira-kira 23 jam selepas kehilangannya dilaporkan.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan anjing pengesan Unit K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak menemui mangsa kira-kira dua kilometer dari pos kawalan bomba (PKB) pada jam 10 pagi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata kanak-kanak itu ditemui di kawasan hutan berbatu di atas bukit di dalam kebun kelapa sawit bersebelahan rumah pekerja kuari.

Menurutnya, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan cergas meskipun sendirian selama kira-kira 23 jam.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan, cuma calar-calar sedikit di beberapa bahagian badannya dipercayai terkena batu atau ranting.

“Keadaannya pun baik, malah kelihatan cergas walaupun hilang dalam tempoh agak lama tanpa makan dan minum,” katanya.

Bomba menerima maklumat kehilangan kanak-kanak itu selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu pada jam 4.05 petang semalam.

Kanak-kanak itu disedari hilang ketika bermain di luar pondok di belakang rumah pekerja kuari itu tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan mengikut ibunya ke pondok itu kerana menunggu bapanya balik kerja.

Menyedari kehilangan kanak-kanak itu, ibu serta bapanya dengan bantuan beberapa pekerja berusaha mencarinya di sekitar kawasan kuari itu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles