fbpx

Polis siasat al-Quran dibuang dalam longkang

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat satu video tular di Tik Tok berkait penemuan al-Quran di sebuah longkang berhampiran Tasik Sri Murni, Jinjang.

Kesemua 13 naskhah al-Quran yang dibuang dalam longkang berhampiran tasik di Jinjang, di sini petang semalam ditemui seorang wanita yang sedang memancing di longkang berhampiran.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata hasil siasatan awal mendapati naskhah kitab suci itu dijumpai dalam longkang, dipercayai sengaja dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama. Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 298A kanun sama kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama,” katanya hari ini.

Eng Lai berkata, kejadian dilaporkan kepada polis jam 6.30 petang semalam dan al-Quran tersebut telah diserahkan kepada pihaknya untuk siasatan lanjut.

“Seorang wanita sedang memancing di longkang berhampiran tasik pada mulanya terlihat satu naskhah al-Quran terkeluar dari satu beg berwarna biru dalam longkang berkenaan.

“Dia kemudian meminta bantuan seorang pemancing lain untuk membawa naik beg berkenaan sebelum mendapati ada 13 naskhah Al-Quran dalam beg itu,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles