fbpx

Buang al-Quran: 8 individu dirakam keterangan

KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan kes pembuangan al-Quran di dalam longkang, berhampiran Tasik Sri Murni, Jinjang, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata keterangan lapan individu terbabit bagi membolehkan polis mengesan pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

“Kita juga merakam keterangan individu yang ada dalam video tular itu bagi membantu siasatan.

“Polis turut melakukan siasatan di masjid serta surau berhampiran bagi mengenal pasti sama ada al-Quran itu berasal dari rumah ibadah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program KL Cops Night Ride Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Azmi berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Semua 13 naskhah al-Quran itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dilaporkan berkata, sebuah klip video mengenai penemuan al-Quran itu tular di platform media sosial TikTok.

Pengadu sedang beriadah bersama suaminya ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan di tasik itu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles