fbpx

Kerajaan tanggung kos lesen motosikal B2

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

“RM300 juta dikhaskan untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia.

“BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja.

“Tekun juga menyediakan RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan. Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

“Kerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Beliau menambah, hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan.

“Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion ringgit pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan kerajaan sehingga 90 peratus.

“Jaminan juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi supaya dapat memberi manfaat khusus kepada penjaja kecil,” katanya.

Anwar berkata, agensi kerajaan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dengan nilai keseluruhan hingga RM40 bilion.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles