fbpx

B40 layak terima STR hingga RM2,500

KUALA LUMPUR – Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bergantung pada bilangan anak.

Ini sebahagian daripada pembaharuan dilaksanakan bawah Belanjawan 2023 supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan hingga maksimum RM3,100,” katanya.

Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima membabitkan peruntukan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40 tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR sudah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara ini,” katanya.

Bagi dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun pula, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 membabitkan peruntukan RM400 juta.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles