fbpx

Lelaki maut kereta terjunam dalam parit

MANJUNG – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit sedalam tujuh meter di Jalan Utama Datuk Seri Kamarudin, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi membabitkan sebuah Perodua Kancil, dengan mangsa dikatakan tersepit dalam kereta terbabit.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Perak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faisal Mohd Izham, berkata sejurus menerima panggilan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

“Anggota kami membantu mengeluarkan seorang lelaki dari Perodua Kancil berkenaan yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut tamat pada jam 10.12 pagi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles