fbpx

Dua pelajar ditahan ‘maki’ soalan Sejarah SPM

HULU SELANGOR – Dua pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar lelaki tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata dua remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, jam 10.53 pagi semalam.

“Terdahulu, polis mengesan video tular di TikTok dan Facebook di daerah ini, memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu. Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Pada Khamis, tular video memaparkan seorang individu mengeluarkan kata-kata kesat selepas didakwa tidak berpuas hati dengan soalan subjek Sejarah SPM.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles