fbpx

Tiada perlawanan Liga Super di Kelantan sepanjang Ramadan

PERLAWANAN Liga Super tidak akan dimainkan di Stadium Sultan Muhammad IV untuk tempoh sepanjang Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat, berkata berikutan pekarangan stadium itu digunakan sebagai lokasi Program Madinah Ramadan.

“Kita minta supaya untuk ‘home’ main di tempat lain, bukan di Kelantan untuk tempoh sebulan Ramadan.

“Sebab di pekarangan (Stadium Sultan Muhammad IV) akan diadakan Madinah Ramadan seperti yang dijalankan sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Terdahulu, beliau hadir dalam majlis pelancaran jersi rasmi Kelantan United FC (KUFC) bagi musim 2023 dan pengenalan penaja di Panji, di sini.

Pengenalan jersi rasmi dengan pemilihan warna hijau, putih dan merah yang membawa simbolik kepada imej Kelantan itu turut dihadiri Presiden KUFC, Rozi Muhamad.

Sementara itu, Rozi berkata, pemilihan warna hijau, merah dan putih juga membawa imej kepada kerajaan negeri kerana KUFC sebelum ini berasal daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam Football Club atau MPKB-BRI FC sebelum dijenamakan semula.

“Mengenai sasaran Liga Super yang bakal bermula esok kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan KUFC adalah pasukan baharu.

“Bagaimanapun, untuk berada di tangga 10 teratas adalah menjadi matlamat utama,” katanya. – Sumber BH Online

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles