fbpx

Remaja 16 tahun dengar ‘bisikan’ tikam guru hingga maut

BAYONNE – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berdepan dakwaan membunuh dengan menikam guru bahasa Sepanyol ketika mengajar di kelas sebuah sekolah menengah di barat daya Perancis, kelmarin.

Remaja berkenaan dilaporkan mendengar bisikan ‘suara kecil’ agar membunuh gurunya.

Menurut Peguam Thierry Sagardoytho, remaja berkenaan ditahan di sebuah tempat (tidak bernama) kerana mengambil kira faktor umur dan penjagaan remaja berkenaan.

Le Monde melaporkan bahawa pihak polis mencadangkan tertuduh mungkin mempunyai masalah mental.

Dilaporkan remaja lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan dikatakan sebagai pelajar cemerlang selepas menerima tahap pujian tertinggi dalam peperiksaan Brevet kebangsaan tahun lalu.

Serangan berlaku di Saint-Thomas-d’Aquin iaitu sebuah sekolah swasta Katolik di Saint-Jean-de-Luz, dekat Bayonne, apabila remaja berkenaan didakwa mengeluarkan pisau dari begnya dan menikam gurunya berusia 52 tahun kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Media Perancis melaporkan remaja terbabit kemudian bertindak meninggalkan kelas itu dan pergi ke kelas sebelah sebelum memberitahu kepada guru perkara tersebut selain menyerahkan pisau kepada guru berkenaan.

Guru wanita berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak perkhidmatan kecemasan. Siasatan telah dibuka untuk dakwaan pembunuhan terancang.

Pendakwa Raya Jerome Bourrier mengesahkan murid berkenaan diperiksa oleh doktor dan dianggap cukup sihat untuk kekal dalam tahanan dan disoal siasat.

Beliau berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu kemudiannya ditahan di balai polis Bayonne. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles