fbpx

Kelab Al-Hilal dilapor sedia tawar Messi gaji hampir RM2 bilion setahun

PARIS – Pasukan Liga Arab Saudi, Al-Hilal dilaporkan sedia menawarkan gaji lumayan £350 juta (RM1.92 bilion) setahun bagi mendapatkan khidmat kapten Argentina, Lionel Messi pada musim panas nanti.

Mereka dikatakan sudah menghantar tawaran tersebut kepada pihak Messi dan ia bakal memecahkan rekod £177 juta (RM972.14 juta) setahun yang diterima Cristiano Ronaldo bersama Al-Nassr ketika ini.

Sekiranya pe­main Paris Saint-Germain (PSG) itu menerima ta­waran tersebut, ia akan menyaksikan Messi dan Ro­naldo kembali beraksi da­lam liga sama buat kali pertama sejak lima tahun lalu.

Kontrak Messi bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini dengan PSG sudah memulakan rundingan dengan menawarkan kontrak lanjutan buat pemenang anugerah Ballon d’Or tujuh kali itu.

Bagaimanapun, ia tampak sukar selepas tawaran ‘gila’ yang dilakukan Al-Hilal selain ada kemungkinan kapten pasukan juara dunia itu akan kembali ke pangkuan kelab lama, Barcelona yang sentiasa menantikan kepulangannya.

Selain itu, Messi juga dikatakan sudah beberapa kali menolak rundingan yang dilakukan PSG kerana dia mahu tahu secara jelas misi serta visi pasukan tersebut bagi mengharungi saingan akan datang.

Pada masa sama, pemain berusia 36 tahun itu dilaporkan tidak berminat untuk me­ninggalkan kancah bola sepak Eropah selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar, Di­sember tahun lalu. – (Sumber Kosmo Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles