fbpx

Mahkamah perintah Amelia Henderson bayar lebih RM200,000 kepada A. Aida

Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Hakim Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson memberi keterangan.

Ketika perbicaraan, pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.

Namun, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan, berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles