fbpx

Selangor tewaskan Kelantan FC untuk pintas Kedah

SELANGOR FC merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Kedah Darul Aman FC selepas menewaskan Kelantan FC, 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Anak buah Tan Cheng Hoe yang mendominasi permainan menerusi jaringan penyerangnya Ayron Del Valle yang membuka tirai jaringan pada minit ke-28 bagi memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Selangor terus menggandakan serangan ke atas pasukan kendalian Frank Bernhardt yang menggantikan Choi Moon-Sik itu.

Usaha itu menjelmakan hasil apabila pemain gantian Ayron, Rauf Salifu menyumbat tenang jaringan kedua Selangor selepas menerima hantaran lorongan daripada Mukhairi Ajmal pada minit ke-80.

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Skuad Penyu Tomislav Steinbrückner mendominasi babak pertama dengan beberapa percubaan tepat seawal minit keempat.

Namun gol pertama hanya hadir pada minit ke-22 menerusi Jordan Mintah yang menyempurnakan hantaran cantik Adidak Kraisorn.

Pada minit ke-52, Mintah sekali lagi menceriakan penyokong Penyu apabila meledak gol kedua perlawanan dan gol keempat peribadi dalam saingan Liga Super musim ini.

Baki perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada jaringan dihasilkan hingga ke akhir perlawanan.

Di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, Penang FC memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas membenam PDRM FC 4-2.

Kedua pasukan bermula ghairah memburu jaringan namun skuad kendalian Azzmi Aziz berjaya memecah kebuntuan dengan meledak jaringan seawal minit ketiga menerusi Marcus Macaule.

Gol terbabit tidak mematahkan semangat skuad tuan rumah apabila James Okwusa dan Soony Saad meledak jaringan pada minit ke-11 dan 17 sebelum PDRM membalas tentangan dengan jaringan kedua mereka menerusi Azmi Muslim pada minit ke-28.

Separuh masa kedua skuad asuhan Chong Yee Fatt meledak jaringan sekali lagi hasil penyudah Soony pada minit ke-53 sebelum Rahmat Makasuf melengkapkan jaringan pada minit ke-69.

KEPUTUSAN

Johor Darul Ta’zim 6-0 Kedah Darul Aman

Selangor 3-0 Kelantan

Penang FC 4-2 PDRM FC

Terengganu FC 2-0 Kuching City FC

(Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles