fbpx

Ahli perniagaan berkongsi rezeki sumbang 2,600 ayam percuma

Orang ramai beratur untuk mendapatkan ayam percuma – Gambar Kosmo Online

KLANG – Sebanyak 2,600 ayam bulat percuma habis diagihkan dalam tempoh sejam kepada 1,300 penduduk Kampung Sungai Udang di sini, bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Program bermula pukul 9 pagi itu merupakam inisiatif ahli perniagaan, Saleh Sukiman, 65, bersama ahli keluarga dan rakannya dalam mengurangkan kos hidup bagi kariah yang memerlukan.

Menurut Saleh, program tahunan tersebut dilakukan sejak 20 tahun lalu, namun terhenti sewaktu pandemik Covid-19.

 Katanya, dia mahu berkongsi rezeki selain mengurangkan beban kepada penduduk berikutan kenaikan harga barangan keperluan.

“Setiap keluarga menerima dua ekor ayam dan kita berharap sumbangan ini dapat menceriakan mereka yang memerlukan dalam menyambut lebaran beberapa hari sahaja lagi.

“Alhamdulillah, tahun ini kami diberikan peluang untuk menyambung kembali kerja kebajikan yang tertangguh sejak lebih dua tahun disebabkan pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, seorang penerima, Azhar Rani, 53, menzahirkan rasa syukur dengan sumbangan tersebut yang dianggap begitu bermakna dalam menampung keperluan juadah pada Aidilfitri nanti.

“Berbaloi beratur untuk mendapatkan ayam hari ini. Semoga penderma diberikan pahala berlipat berganda di bulan Ramadan ini.

“Sudah tentunya, bantuan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga. Masih ada lagi insan yang prihatin dengan golongan yang kurang berkemampuan,” ujarnya. – (Sumber KOSMO! ONLINE)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles