fbpx

Dua remaja bunuh guru kerana gred rendah

Willard Miller dan Jeremy Goodale mengaku membubuh guru mereka Nohema Graber kerana dapat markah rendah – Gambar Harian Metro Online

Washington: Dua remaja Amerika Syarikat mengaku membunuh guru bahasa Sepanyol mereka di mahkamah Iowa pada Selasa.

Mayat Nohema Graber, 66, ditemui tersembunyi di bawah kanvas dan kereta sorong di Fairfield Park pada 3 November 2022.

Willard Miller dan Jeremy Goodale yang berusia 16 tahun ketika kejadian, secara berasingan menarik balik pengakuan tidak bersalah, kelmarin.

Pendakwa raya berkata, Miller kecewa selepas memperoleh gred rendah dalam kelas bahasa Sepanyol dan merekrut Goodale untuk membantu membunuh Graber dengan kayu besbol.

Dalam keterangannya, Goodale mengaku Miller membeli kayu besbol yang digunakan untuk jenayah berkenaan dan memintanya membantu menamatkan riwayat mangsa dan mengawasi persekitaran.

Berdasarkan keterangan, Goodale diarah memerhati kawasan sekitar ketika Miller memukul Graber dengan kayu besbol.

Goodale kemudiannya sedar yang Graber masih hidup dan terus memukulnya dengan kayu sama sehingga mati, kata pihak berkuasa.

Penolong Peguam Negara Iowa, Scott Brown berkata, Goodale memberi kerjasama yang baik sepanjang prosiding itu dan pendakwa raya akan cuba meminta hukuman minimum daripada hukuman 25 tahun hingga penjara seumur hidup yang diperuntukkan.

Sementara Miller ditawar hukuman penjara antara 30 tahun dan seumur hidup.

Hakikat bahawa kedua-dua defendan berusia 16 tahun ketika jenayah itu dilakukan menyelamatkan mereka daripada dikenakan hukuman mandatori penjara seumur hidup.

Sekiranya Miller tidak membuat pengakuan bersalah, perbicaraannya akan bermula pada Jumaat.

Mahkamah belum menetapkan tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah juvana itu. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles