City tewaskan Arsenal untuk semakin hampir pertahan gelaran

MANCHESTER: Manchester City kini mengawal perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Kevin De Bruyne meledak dua gol bagi membolehkan pasukan meraih kemenangan 4-1 ke atas pendahulu carta Arsenal.

Kemenangan dalam perlawanan penting itu menyaksikan City yang juga penyandang juara kini semakin merapatkan jurang kedudukan dengan hanya dibezakan dua mata daripada Arsenal.

Malah, City mempunyai kelebihan apabila mereka mempunyai baki dua perlawanan dalam tangan yang bermakna mereka boleh tewas salah satu daripada baki tujuh perlawanan dan masih mampu untuk meraih gelaran ketujuh mereka.

“Ia bukan penentu tetapi sangat penting untuk menewaskan seteru kami itu,” kata pengendali pasukan, Guardiola. “Apa yang paling penting adalah, takdir kini berada dalam tangan kami.”

Laluan The Gunners untuk menjuarai liga buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun tampak semakin tersasar selepas kunjungan ke Etihad dengan anak buah Mikel Arteta kini gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini.

“Analisis jelas, pasukan yang lebih baik memenangi perlawanan,” kata Arteta. “Mereka berada di tahap terbaik, terutama di babak pertama dan kami tidak mencapai tahap kami.

“Apabila berlaku sebegitu, jurang menjadi terlalu besar. Kami dihukum dan mungkin dihukum lebih teruk lagi.”

Kehadiran Erling Haaland membawa dimensi baharu kepada City yang sudah menjadi kuasa dominan dalam permainan Inggeris.

Haaland meledak gol ke-33 peribadinya bagi musim ini pada masa kecederaan dan jaringannya itu menyaksikan dirinya sudah menjaringkan 49 gol secara keseluruhan.

Namun pemain Norway itu turut memainkan peranan besar kepada pasukan, membantu jaringan De Bruyne meledak gol pembukaan pada minit ketujuh.

De Bruyne menambah jaringan keduanya pada minit ke-54 selepas John Stones meledak gol kedua pasukan pada masa kecederaan babak pertama.

Arsenal menjaringkan gol tunggal mereka pada minit ke-86 menerusi Rob Holding sebelum Haaland memuktamadkan perlawanan dengan 4-1 pada minit ke-95.

Pasukan kendalian Arteta dibolosi 11 kali dalam empat perlawanan sebelum ini dan bakal berdepan cabaran untuk bangkit semula pada minggu terakhir musim bagi mengekalkan tekanan kepada City. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles