fbpx

Rogol kekasih bawah umur, pemuda baru tamat sekolah berdepan hukuman penjara 20 tahun

Tertuduh mengaku tidak bersalah merogol dan menyimpan video lucah kekasih di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Ayer Keroh, Melaka (Gambar Sumber Utusan Malaysia Online)

MELAKA: Padah merogol seorang pelajar tingkatan tiga dan menyimpan klip video lucah kekasihnya itu, seorang pemuda berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Isa Muhaimim Mohamad Fauzi, 19, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa dengan tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara September 2022 hingga Mei 2023 di Taman Limbongan Permai dalam daerah Melaka Tengah.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi video lucah kira-kira pukul 10 malam di Pejabat D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 5 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, video berkenaan merupakan rakaman aksi lucah antara tertuduh dan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dan RM8,000.

Peguam Goh Chin Han merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya baru tamat persekolahan dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM14,000 dan menetapkan 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles