fbpx

West Ham semakin hampir ke final Eropah selepas 47 tahun

Pemain West Ham meraikan kemenangan ke atas AZ Alkmaar awal pagi tadi

LONDON: West Ham semakin hampir untuk ke pentas final Eropah selepas penantian 47 tahun apabila Michail Antonio menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas AZ Alkmaar dalam saingan separuh akhir pertama Conference League, awal pagi tadi.

Ketika West Ham mengintai penampilan di pentas final, FC Basel turut mahu melakar sejarah tersendiri selepas meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Fiorentina pada satu lagi aksi separuh akhir pertama.

Di Stadium London, barisan pasukan kendalian David Moyes ketinggalan selepas Tijjani Reijnders meledak gol pada separuh masa pertama namun mereka berjaya bangkit semula di babak kedua.

Said Benrahma menyamai jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Antonio menjaringkan gol bagi membenarkan West Ham meraih kemenangan dan memperoleh kelebihan menjelang aksi timbal balik di Belanda pada 18 Mei ini.

“Ia perlawanan yang sukar untuk dianalisa. AZ bermain baik dan kami pula agak kelam kabut. Kami membuat beberapa keputusan yang salah, melakukan percubaan dari jarak 30 ela dan tidak mengambil peluang.

“Namun pada penghujungnya, saya gembira dengan keputusan ini,” kata Moyes.

West Ham sudah memenangi 12 daripada 13 perlawanan dalam kejohanan itu pada musim ini dan meletakkan mereka di ambang menjulang trofi pertama sejak meraih Piala FA pada 1980.

Musim lalu, The Hammers tewas di separuh akhir Liga Europa ketika menentang Eintracht Frankfurt namun kedudukan mereka tampak lebih pada musim ini.

West Ham tidak pernah mara ke final kejohanan utama Eropah sejak mereka ditewaskan Anderlecht dalam saingan final Piala Winners 1976. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles