fbpx

Dusan Vlahovic jadi rebutan tiga kelab

Dusan Vlahovic menjadi rebutan 3 kelab, Manchester United, Chelsea dan Bayern Munich

MANCHESTER: Manchester United antara kelab yang berminat menandatangani bintang Juventus, Dusan Vlahovic bagi menerajui jentera serangan mereka.

Menurut pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano, United, Bayern Munich dan Chelsea kini bersaing mendapatkan khidmat pemain 23 tahun itu, walaupun Juventus belum menyatakan hasrat untuk melepaskannya di akhir musim ini.

“Difahamkan Chelsea belum membuat tawaran untuk Dusan Vlahovic setakat ini. Dia antara penyerang yang dikagumi di kelab itu tetapi belum ada rundingan atau tawaran.

“Bayern dan Man United kekal dalam persaingan untuk mendapatkan Vlahovic, tetapi ia bergantung kepada keputusan Juventus,” kata Romano.

Chelsea sebelum ini dilaporkan membuat tawaran 70 juta pound (RM396.77 juta) untuk bekas pemain Fiorentina itu – yang menyertai Juventus pada Januari tahun lalu pada harga 66.6 juta pound (RM377.53 juta).

Pemain Serbia itu dikatakan mempunyai gaya permainan seperti bintang Manchester City, Erling Haaland.

Bagaimanapun bintang Juve itu sukar untuk menandingi ketajaman Haaland – yang meledak 52 gol dalam semua pertandingan musim ini – dengan Vlahovic baru menjaringan 23 gol dalam 62 penampilan untuk Old Lady setakat ini.

Ketika bersama Fiorentina, Vlahovic menjaringkan 49 gol dalam 108 perlawanan.

Dengan United mungkin akan melepaskan Anthony Martial pada musim panas ini, Vlahovic adalah pilihan terbaik bagi menandingi tetangga United, Manchester City yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dan masih berpeluang meraih treble. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles