fbpx

Sharnaaz Ahmad Bertunang?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Sharnaaz Ahmad memberi bayangan seakan sudah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG), pemilik nama penuh Ahmad Sharnaaz Ahmad Basir memuat naik sekeping foto yang menyaksikan dia berada di atas pelamin bersama wanita ‘free hair.’

Pada perkongsian itu, Sharnaaz dan wanita berkenaan manis mengenakan pakaian sedondon berona biru muda sambil ditemani anak lelaki kepada aktor tersebut, Jebat Jayden.

Bagaimanapun, wajah wanita tersebut ditutup dengan bunga tangan yang dipegangnya.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, aktor berusia 37 tahun itu berkata dirinya kini bukan lagi seorang duda.

Maaf, bukan lagi duda pilihan anda! Syukur.

Sharhaaz dilaporkan sudah bertunang dengan Amelia Christie -Sumber Gambar Oh Bulan!

Malah, Sharnaaz dilihat turut menggunakan beberapa tanda pagar termasuk #MamuKenaGari #SxAeday dan #DalamHatiAdaTaman.

Sementara itu, usaha Oh Bulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada pelakon filem Polis Evo 3 itu tidak berhasil apabila kiriman WhatsApp tidak dibalas..

Bagaimanapun, aktor itu dilihat sudah pun memadam perkongsian berkenaan selang beberapa minit kemudian.

Terdahulu, Sharnaaz dikaitkan sedang menjalin hubungan cinta bersama Amelia Christie dan mengakui sedang berkenalan rapat.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai secara hakam oleh mahkamah pada Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun. (Sumber Oh Bulan! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles