fbpx

Neymar sedia beraksi bersama Al-Hilal

PARIS: Neymar berkata, dia sudah mengecapi banyak kejayaan di Eropah dan mahu menjadi pemain global dengan menyahut cabaran baharu di Arab Saudi.

Bintang penyerang Brazil itu akhirnya diperkenalkan sebagai anggota baharu Al-Hilal dengan menandatangani kontrak dua tahun bernilai 100 juta euro (RM505 juta) semusim.

Kurang 48 jam selepas Kylian Mbappe kembali dimasukkan dalam skuad utama Paris Saint-Germain (PSG), Neymar pula mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Perancis itu.

Pemain berusia 31 tahun itu menamatkan tempoh enam tahunnya di Paris dan mengikuti jejak bintang dunia, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Roberto Firmino, Jordan Henderson, Sadio Mane dan ramai lagi yang berhijrah ke Arab Saudi.

“Saya telah mencapai banyak perkara di Eropah dan menikmati masa istimewa, tetapi saya sentiasa mahu menjadi pemain global dan menguji diri saya dengan cabaran dan peluang baharu di tempat baharu.

Neymar semasa menandatangani kontrak dengan Al-Hilal

“Saya mahu menulis sejarah sukan baharu, dan Liga Pro Saudi mempunyai tenaga yang luar biasa dan pemain berkualiti pada masa ini.

“Al-Hilal sebuah kelab gergasi dengan peminat menakjubkan, mereka antara yang terbaik di Asia. Itu memberi gambaran kepada saya, inilah keputusan tepat ketika ini.

“Saya suka menang serta menjaringkan gol dan saya mahu meneruskannya di Arab Saudi bersama Al-Hilal,” kata Neymar dalam satu kenyataan.

Neymar menyertai PSG dari Barcelona pada 2017 dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.12 bilion), beberapa minggu sebelum mereka mengikat Mbappe.

Pemain Brazil itu menjaringkan 118 gol dalam 173 perlawanan buat PSG, memenangi lima kejuaraan Ligue 1 dan tiga Piala Perancis namun masanya di PSG dibelenggu dengan beberapa siri kecederaan.

Sekalipun membantu kelab itu layak ke final Liga Juara-Juara 2020, dia terpaksa diketepikan dalam perlawanan akhir, dan PSG kalah 0-1 kepada Bayern Munich.

PSG tidak dapat meraih semula bayaran yang mereka belanjakan untuk membeli Neymar tetapi masih menerima hampir 100 juta euro, menurut sumber sama.

Al-Hilal secara tradisinya muncul antara kelab terkuat Arab Saudi dan merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Asia empat kali.

Kelab itu dilatih jurulatih kelahiran Portugal, Jorge Jesus untuk musim kedua, dan diperkuatkan empat bintang dari Eropah iaitu Ruben Neves, Sergej Milinkovic-Savic, Kalidou Koulibaly dan rakan senegara Neymar dari Brazil, Malcom. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles