fbpx

Penduduk obes Britain disaran muat turun aplikasi untuk mempercepatkan dapatkan ubat kurus

LONDON: Penduduk Britain yang obes akan diminta untuk memuat turun aplikasi menurunkan berat badan agar golongan itu boleh mendapat suntikan ubat kurus dengan lebih cepat.

Lapor Daily Mail, ubat-ubatan seperti Wegovy, Ozempic dan Saxenda hanya boleh didapati menerusi klinik pakar.

Menurut ketua agensi kesihatan, doktor ketika ini tidak dapat memenuhi permintaan tinggi dan pesakit pula memerlukan penyelesaian segera memandangkan ubat itu dianggap penting bagi memerangi masalah obesiti dalam kalangan penduduk negara itu.

Oleh itu, katanya, ribuan penduduk yang sedang dirujuk kepada pakar pengurusan berat badan, akan diberi pilihan untuk melangkau senarai menunggu panjang bagi mendapatkan rawatan tersebut.

Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan (NICE) meluluskan empat aplikasi yang boleh memberikan suntikan pelangsing badan itu.

Memuatnaik apps boleh mempercepatkan proses menunggu untuk mendapatkan ubat untuk mengurangkan berat badan

 Liva, Oviva, Roczen dan Second Nature yang juga menggalakkan penduduk mengamalkan diet pemakanan sihat dan aktiviti senaman, boleh dimuat turun melalui aplikasi atau komputer.

NICE dan badan pemerhati Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menganggarkan lebih 48,000 penduduk akan dapat mengakses perkhidmatan itu sekaligus menjimatkan kira-kira 145,000 jam masa untuk berjumpa doktor.   

Ubat Semaglutide dan liraglutide yang terkandung dalam Wegovy, Ozempic serta Saxenda dikatakan berkesan dalam menangani masalah obesiti.

Rawatan itu merangsang penurunan berat badan dengan meniru tindakan hormon dikeluarkan dalam usus selepas makan, yang dikenali sebagai GLP-1.

Antara ubat kurus yang terdapat di pasaran

Bagaimanapun, ubatan itu dikatakan mempunyai beberapa kesan sampingan

“Biasanya, individu mengadu mengalami loya, sembelit dan cirit birit selepas mengambil ubat berkenaan,” jelas laporan itu.

Wegovy diluluskan sebagai ubat khas untuk membantu penurunan berat badan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2021.

Bagaimanapun, ubat itu hanya diberi lampu hijau di Britain pada tahun ini atas sebab yang sama. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles