fbpx

Operasi mencari mangsa nahas Elmina dijangka selesai tengah hari ini

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Seri Razarudin Husain memaklumkan, operasi pencarian pesawat ringan yang terhempas di Elmina semalam, telah selesai 95 peratus.

Beliau berkata, operasi hari ini dijalankan bagi mencari saki baki pesawat yang berada di sekitar kawasan nahas.

“Saya cadang mahu selesaikan sebelum tengah hari. Kita cuba yang terbaik untuk bersihkan kesemuanya pada pagi ini,” ujarnya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Razarudin berkata, pihaknya telah mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada 22 waris keluarga mangsa terlibat untuk dipadankan dengan mayat yang dijumpai semalam.

Ketua Polis Negara, Razarudin menjangkakan operasi mencari bakal selesai, tengah hari ini (Sumber Gambar KOSMO Online)

“Kita telah jumpa sepuluh mayat termasuk 15 anggota badan seperti kaki serta kepala. Sebanyak 21 barangan peribadi kepunyaan mangsa turut dijumpai.

“Semua mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk jalankan ‘post mortem’ (bedah siasat) dalam masa terdekat,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai nahas berkenaan, beliau memberitahu tiada penumpang dibawa oleh pemandu e-hailing, Grab yang terkorban dalam nahas terbabit.

“Setakat maklumat yang diperoleh, mangsa (pemandu) disyaki tidak menerima penumpang sejak pukul 2 petang.

“Bagaimanapun, kita tunggu keputusan post mortem dari pihak hospital,”jelasnya. – (Sumber KOSMO! ONLINE)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles