fbpx

Bukayo Saka dinobat Pemain Terbaik England dua kali berturut-turut

LONDON: Bukayo Saka dinobatkan sebagai Pemain Terbaik England untuk musim kedua berturut-turut.

Penyerang berusia 22 tahun itu dipilih oleh peminat sebagai bintang Three Lions paling menonjol sejak 12 bulan lalu, menewaskan Jude Bellingham di tempat kedua dan Harry Kane, ketiga.

Saka menjaringkan tujuh gol dan tiga umpanan dalam 10 penampilan untuk England pada musim 2022/2023, termasuk hatrik senior pertamanya menentang Macedonia Utara pada Jun.

Dia menerima anugerah itu kelmarin, dan terkejut memenanginya untuk kali kedua berturut-turut.

Bukayo Saka mengenepikan pencabar terdekat Jude Belligham dan Harry Kane

Pemain sayap Arsenal itu sebelum ini mengetepikan Declan Rice dan Kane untuk mengangkat anugerah pertama pada 2021/2022.

Saka kini menjadi pemain ketiga dalam tempoh sedekad berjaya memenangi anugerah dua tahun berturut-turut selepas Kane dan Wayne Rooney.

Saka yang mempunyai 28 cap bersama England turut diberikan hadiah istimewa sempena ulang tahunnya yang ke-22.

Ini adalah anugerah individu kedua yang diterima Saka sejak tujuh hari lalu selepas dia dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA).

Saka menjaringkan 14 gol dan memberikan 11 bantuan dalam 38 penampilan Liga Perdana musim lalu. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles