fbpx

Busana peragaan Naomi Campbell diinspirasi daripada Naga Tasik Chini

DUBAI: Pereka fesyen ternama negara, Rizman Ruzaini membanggakan negara apabila busana rekaannya digayakan model tersohor antarabangsa, Naomi Campbell.

Naomi menggayakan busana berwarna hitam dengan sentuhan kristal halus itu sebagai penutup pertunjukkan Minggu Fesyen Dubai sempena koleksi musim bunga/panas 2024.

Rekaan tersebut diilhamkan daripada kisah rakyat terkenal Pahang iaitu Naga Seri Gumum atau Naga Tasik Chini yang juga merupakan sebuah legenda nusantara.

Majlis tersebut dihadiri barisan selebriti, pempengaruh serta media terkenal yang melaporkan berkenaan perkembangan dunia fesyen di rantau tersebut.

Busana peragaan Naomi Campbell diilhamkan dari Naga Tasik Chini (Sumber gambar – Utusan Malaysia Online)

Rizman Ruzaini turut memuat naik gambar mereka berjalan beriringan bersama model berusia 53 tahun itu di atas pentas peragaan.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan turut berbangga dengan pencapaian pereka fesyen asal Malaysia itu.

“Ini sangat epik, anda berdua sangat menakjubkan. Tahniah Rizman dan Rizaini, terus terbang tinggi,” kata rakan pereka, Hatta Dolmat.

“Tahniah buat nada berdua!” kata penyanyi Indonesia, Krisdayanti.

“Anda berjaya buat Naomi setuju pakai busana anda? Sangat hebat!” tulis satu komen yang lain. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles