fbpx

Malaysia tewas 0-2 di tangan Tajikistan di Final Pestabola Merdeka

KUALA LUMPUR: Malaysia kempunan untuk merangkul trofi Pestabola Merdeka 2023 apabila tewas 0-2 di tangan Tajikistan pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Selepas mengecewakan Harimau Malaya di pentas final Piala Raja Thai tahun lalu, ‘Singa Persia’ menghampakan Malaysia buat kali kedua, kali ini di hadapan hampir 40,000 penyokong tuan rumah untuk kekalahan pertama skuad negara selepas tujuh perlawanan.

Ini turut menyaksikan skuad negara terus kemarau untuk merangkul sebarang trofi selepas kali terakhir memenangi trofi Piala AFF 2010 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.

Di sebalik dominasi Malaysia pada separuh masa pertama, Tajikistan terlebih dahulu beroleh peluang pertama menerusi percubaan Shukurov Alisher yang diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-13.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools dalam perebutan bola menentang Tajikistan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-2 ke atas Tajikistan

Sepakan percuma Safawi Rasid di sudut yang baik pada minit ke-19 hanya ‘jinak’ apabila percubaannya tepat ke dakapan Baratov Daler sebelum tangan Daler ‘berdenyut’ menahan rembatan jarak jauh Brendan Gan pada minit ke-26.

Malaysia terkedu apabila Tajikistan merobek gawang skuad negara menerusi penyudah Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Daler cemerlang menepis tandukan Matt Davies di hujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, Malaysia cemas menerusi serangan balas pantas Tajikistan pada minit ke-49 sebelum diselamatkan Syihan dan Malaysia bernasib baik apabila percubaan Soirov ke arah gawang kosong tersasar tinggi seminit berselang.

Daler terus mengecewakan jentera serangan negara apabila kali ini, dia menafikan Akhyar Rashid dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-54.

Malaysia menekan Tajikistan yang dilihat lebih banyak menyerap asakan dan tiang menjadi penghalang buat Faisal Halim daripada menyamakan kedudukan buat negara pada minit ke-75.

Malaysia terpaksa merelakan trofi anjuran sendiri ‘terbang’ ke tangan Tajikistan selepas mereka menambah gol kedua pada minit ke-88 hasil jaringan Samiev Shahrom. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles