fbpx

Lagi kes bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta

Kuala Nerus: Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah Universiti Awam (UA) di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.30 petang daripada kakitangan pusat kesihatan universiti berkenaan.

“Sebaik menerima laporan, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berkenaan dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak yang terletak dalam kampus terbabit.

Ahli keluarga mangsa Ketika menghantar jenazah ke Jabatan Forensik Hospitak Sultanah Nur Zahirah (Gambar sumber Buletin TV3 Online)

“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan setakat ini kita masih menyiasat kejadian ini,” katanya yang ditemui selepas Latih Amal Bencana Udara (EX-PENYU) 2024 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada penjaga bayi terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pihak polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan emosi keluarga,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles