fbpx

Jam tangan Datuk Seri Dr Zulkifli dibida pada RM135,000

KUALA LUMPUR: Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendapat tawaran tertinggi RM135,000 ketika proses bidaan ditutup pada jam 12 tengah malam tadi.

Perkara itu diumumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Bidaan jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida.

“Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya. Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM135,000,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Dr Zulkifli memaklumkan akan mengumumkan nama pemenang bidaan terbabit petang ini.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendapat tawaran tertinggi RM135,000 melmbida jam tangan Rolex miliknya untuk membantu rakyat Palestin (Gambar sumber Berita Harian Online)

Terdahulu, BH melaporkan Dr Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.

Dr Zulkifli berkongsi inisiatifnya menerusi hantaran di Facebook bermula Isnin dengan kenaikan bidaan bermula dengan harga RM100 ke atas.

Dalam hantaran sama, Zulkifli turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles