fbpx

Musim tengkujuh bermula Sabtu hingga Mac tahun depan

KUALA LUMPUR: Empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di negara ini bermula Sabtu ini dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan, berkata ketika awal MTL dari November hingga Januari tahun depan, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekirannya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata ketika awal monsun timur laut, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap berlaku banjir.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Pada fasa akhir MTL iaitu Februari hingga Mac 2024 pula dijangkakan utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan danTerengganu), Sabah, Labuan dan utara Sarawak mengalami kurang hujan.

Hujan yang lebat boleh menyebabkan berlakunya banjir

“Keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka bermula Mac 2024 berpotensi menyebabkan berlakunya gelombang haba.

“Situasi ini berikutan El Nino yang dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun depan dan Indian Ocean Dipole (IOD) positif pula dijangka sehingga suku pertama tahun 2024,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.

Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles