fbpx

SOPMA medan menilai kemampuan sukan orang pekak

KUALA LUMPUR – Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023 yang tertangguh akibat Covid-19 kini mengesahkan kehadirannya bermula 3 hingga 7 Disember depan.


Sukan bagi kalangan orang pekak itu yang setaraf dengan Sukan Malaysia (SUKMA) bakal membuka tirai dengan lima acara dipertandingkan iaitu bola sepak, futsal bagi wanita, olahraga, tenpin boling dan badminton.


Kali terakhir sukan itu diadakan ialah di Ipoh, Perak pada 2018 sebelum ditangguhkan setelah sekian lama termasuk penangguhannya di Johor, dua tahun kemudian.


Ketua Operasi SOPMA, Muhammad Shahril Mohd. Saupi memberitahu, buat pertama kalinya dalam sejarah sukan itu yang merupakan kali ke 21, ia bakal melibatkan lebih 1,000 peserta dan sukarelawan.


“Kejohanan kali ini merupakan yang paling besar dalam sejarah SOPMA dengan setiap negeri akan menghantar pasukan terkuat masing-masing.


“SOPMA 2023 ini melibatkan acara-acara yang dipertandingkan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” katanya yang juga merupakan Penolong Setiausaha Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) di sini.


Mengenai persediaan sukan itu, beliau berkata, MSDeaf telah melakukan persediaan rapi bagi menerima kehadiran setiap atlet termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Malah, beliau yakin SOPMA 2023 dapat berjalan lancar berdasarkan pengalaman dalam penganjuran temasya sukan berprestij tinggi sebelum ini.


“Kita baru sahaja selesai penganjuran Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia dari 23 hingga 7 Oktober lalu dengan Malaysia sebagai tuan rumah yang melibatkan 19 pasukan lelaki dan lima pasukan wanita dari seluruh dunia.


“Kejohanan bola sepak itu melibatkan lebih 1,500 atlet dan sukarelawan. Dari pengalaman itu, MSDeaf yakin dapat menganjurkan SOPMA 2023,” katanya.


Menjawab pertanyaan, beliau berkata, pada masa ini setiap persatuan sukan orang pekak negeri-negeri, sedang giat melatih dan membuat persiapan rapi para atlet mereka.
“Setiap negeri mahu memastikan mereka bukan sahaja muncul juara keseluruhan, malah bercita-cita untuk memecahkan rekod kejohanan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles