fbpx

Jenazah Suhaimi Saad disemadikan di Felda Sungai Ara

KOTA TINGGI: Arwah bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, di sini, jam 9 pagi tadi.

Hampir 200 ahli keluarga, sahabat seperjuangan dan orang kampung hadir mengiringi jenazah dari rumah ke tanah perkuburan.

Turut berada menyempurnakan pengebumian arwah adalah anak sulung dan anak keduanya, Ehmad Hadie Elfardie, 15, dan Salman Elkhoyri, 13.

Allahyarham Suhaimi bergambar bersama bekas kumpulannya In-Team ketika mereka menziarahinya di kediaman bapa mertua

Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis Kumpulan Diwani, Hasnol Jamal.

Sebelum itu, jenazah suami kepada Nordiana Mohd Naim atau Ina itu disolatkan sekali lagi di rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara.

Semalam, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Suhaimi dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatan merosot selepas batuk teruk sejak Ogos lalu dan mengalami cirit birit. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles