fbpx

Jaclyn alami jangkitan laringitis, hilang suara

Shah Alam: Penyanyi, Jaclyn Victor bersyukur kerana selepas diduga dengan kehilangan suara akibat jangkitan laringitis baru-baru ini, semalam, namanya diumumkan sebagai pemenang mingguan di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Jaclyn, 44, menganggap jangkitan dan situasi tidak terduga yang dialaminya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Sebenarnya laringitis atau jangkitan kuman ini adalah perkara normal yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apabila dijangkiti, saya anggap tidak bernasib baik sahaja.

Menurut penyanyi lagu Gemilang itu, semuanya bermula pada Isnin minggu lalu sekali gus memaksanya mendapatkan rawatan, bahkan melakukan kaedah memasukkan kamera ke tekaknya.

“Semuanya bermula pada minggu lalu tetapi semakin teruk sehingga minggu ini. Isnin pula suara saya hilang sepenuhnya.

Jaclyn menerima rawatan antibiotik dan tidak bercakap selama dua hari untuk memulihkan semula suaranya

“Kemudian saya ke sebuah klinik dan menjalani pemeriksaan dengan kaedah memasukkan kamera.

“Hasil pemeriksaan, kelihatan seperti ada ‘tangan’ yang menutup bahagian kotak suara saya. Ia umpama badan saya bertindak balas dengan jangkitan yang saya alami.

“Kemudian saya tertanya-tanya apakah perkara itu sebab saya pun tak pernah tengok perkara seperti itu,” katanya.

Dia sekali gus terpaksa bergantung kepada antibiotik selama lihat hari dan tidak bercakap selama dua hari bagi memastikan peti suaranya tidak terjejas.

“Jadi saya terus ambil antibiotik dan rehat secukupnya. Bahkan, dua hari saya tidak bercakap untuk menjaga peti suara saya.

“Syukur selepas rehat dan ambil antibiotik selama lima hari, suara sudah kembali pulih,” katanya.

Semalam, Jaclyn tampil memukau menerusi persembahan duet bersama penyanyi, Nadeera Zaini, membawakan lagu berjudul All I Ask, dendangan penyanyi asal, Adele. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles