fbpx

Media Taiwan pertikai pemain warisan Malaysia

Kuala Lumpur: “Kami mempunyai ramai pemain warisan. Pemain warisan ini bukan pemain luar negara, mereka warganegara Malaysia.”

Itu jawapan pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon selepas beberapa media Taiwan mempertikaikan kehadiran pemain naturalisasi yang membantu Malaysia menang 1-0 menumbangkan anak buah Gary White dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 semalam.

Jelas Pan-gon, beliau memberi contoh juara Piala Dunia 2018 iaitu Perancis turut diperkuatkan dengan kehadiran tonggak naturalisasi, malah ia juga digunakan oleh beberapa gergasi bola sepak dunia seperti Jepun dan lain-lain.

Darren Lok dan Corbon Ong antara pemain warisan Malaysia

“Kami mempunyai ramai pemain warisan. Pemain warisan ini bukan pemain luar negara mereka warganegara Malaysia. Kami juga mempunyai beberapa pemain naturalisasi dan bukan mudah untuk mereka membuat keputusan menukar pasport Malaysia.

“Pemain juga membuktikan dalam liga kesetiaan, komitmen dan keupayaan kepada umum sebelum dipilih mewakili negara. Orang tidak sepatutnya mempertikaikan dan perlu menikmati bola sepak,” katanya.

Untuk rekod, dalam aksi kedua di Stadium Perbandaran Taipei itu, Pan-gon hanya menurunkan dua pemain naturalisasi iaitu Paulo Josue dan Endrick dos Santos pada pertengahan babak kedua sahaja, manakala Mohamadou Sumareh sekadar memanaskan bangku simpanan.

Selebihnya adalah gabungan pemain warisan dan tempatan antaranya Dion Cools, Matthew Davies, Corbin Ong, Darren Lok dan lain-lain lagi. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles