fbpx

Adik Bilal meninggal dunia

Alor Setar: Kanak-kanak yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly meninggal dunia, 4.50 pagi, hari ini.

Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar, 3, meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Kulim.

Ibunya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, berkata, dia reda dengan pemergian anaknya yang turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Walaupun sedih tapi saya reda dengan pemergiannya, beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merenget.

Cerita penderitaan Adik Bilal yang menghidap akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly  mendapat liputan meluas

Dia meninggal dunia ketika disamping saya dan suami pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Nurul Izzati Adawiyah berkata, jenazah anak keduanya itu akan dikebumikan selepas solat Jumaat petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.

Sebelum ini media melaporkan penyakit Bilal semakin kronik selain kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya Mohammad Azhar Arzemi, 31, mahupun isterinya, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Seorang lagi anak mereka, Nur Khaulah Al-Azwar, 6, pula mempunyai masalah pendengaran serta tulang belakang. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles