fbpx

Baru kali kedua siang ikan -Sugeeta

Kuala Lumpur: “Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.”

Demikian reaksi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran ketika diminta mengulas mengenai video menyiang ikan ketika bersiaran langsung yang mendapat kecaman selepas tular di laman sosial.

Bercerita lanjut, Sugeeta berkata, ketika siaran langsung berkenaan, dia dan rakan pengacara, Syira, dikehendaki melakukan cabaran dalam satu segmen tanpa diberitahu lebih awal oleh penerbit.

“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.

“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.

“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.

“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Sugeeta, dia tahu ada kecaman selepas video segmen dikendalikannya itu tukar namun tidak tertekan dan terlalu memikirkannya.

Sugeeta Chandran yang juga merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2015 mengaku ini kali kedua beliau menyiang ikan kerana beliau seorang Vegeterian

Sugeeta berkata, dia dan Syira juga tidak melatah atau memberi respons dengan dengan kata netizen kerana enggan memperbesarkan lagi perkara berkenaan.

“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.

“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.

“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” katanya.

Sementara itu, rakan pengacara, Syira menganggap apa yang berlaku tempoh hari sebagai warna warni ketika bersiaran secara langsung.

Menurut Syira, dia juga tidak mengambil hati dengan kecaman dilemparkan netizen dan mengambilnya daripada sudut positif.

“Segmen itu sebenarnya nak bagi penonton dekat dengan kita dan tengok gelagat pengacara.

“Semua orang pun ada pengalaman kali pertama dan secara peribadi, saya ambil nasihat diberi serta tak terguris dengan kata negatif.

“Sejujurnya saya beli ikan siap siang di pasar jadi benda itu biasa dan tak sangka sampai satu Malaysia ‘bergaduh’ disebabkan itu.

“Hanya beberapa komen saja yang saya sempat baca sebenarnya dan ramai juga wanita kongsi kali pertama pertama siang (ikan) dan buat di depan mentua jadi saya ambil positif saja kerana baru setahun mengacarakan WHI,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles