fbpx

Bomba ambil sampel kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas

Manjung: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil 11 sampel di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar di sini, untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut.

Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon berkata, pihaknya sudah menjalankan proses forensik kebakaran di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 agensi itu.

Bomba bersama dengan anjing pengesan K9 mencari sampel untuk siasatan lanjut

Menurutnya, operasi forensik itu diketuai oleh Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Perak Mohamed Habib Mohamed Dali.

“Pasukan penyiasatan mengambil 11 sampel di tempat kejadian untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk memadamkan kebakaran terbabit. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles