Pasangan Diraja Brunei pilih lagu penyanyi Malaysia dalam senarai lagu persandingan

PETALING JAYA – Bangga. Itu emosi yang dirasai pengguna media sosial apabila melihat beberapa lagu popular milik penyanyi tanah air menjadi pilihan peribadi Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah pada Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Brunei semalam.

Paling membuatkan ramai teruja, sebanyak empat buah lagu milik penyanyi tanah air tersenarai dalam 28 buah lagu pilihan pasangan pengantin iaitu Dia nyanyian Datuk Sheila Majid, Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Di Akhir Garisan serta Kau Ilhamku (Man Bai).


Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Datin Anisha berlangsung selama 10 hari dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu

Selain tiga lagu tersebut, lagu irama tradisional, Pandang Pandang Jeling Jeling nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarham Tan Sri S.M Salim turut dimainkan secara instrumental malam tadi.

Menerusi beberapa foto tular dalam media sosial, 28 buah lagu tersebut dimainkan oleh Orkestra gabungan daripada Radio Televisyen Brunci (RTB) beserta pemuzik-pemuzik terlatih dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunci, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk penyertaan bakat-bakat muda.

Rata-rata netizen teruja dan tidak menyangka pasangan pengantin berkenaan meminati lagu Sedetik Lebih dan Kau Ilhamku yang dilihat sangat sesuai dimainkan pada majlis perkahwinan.

“Semua lagu bahasa Inggeris yang mereka pilih sangat hebat tetapi melihat ada Sedetik Lebih, sangat menyeronokkan.

Antara senarai 28 buah lagu pilihan pasangan pengantin dalam istiadat persandingan mereka (Gambar Sumber Kosmo! Online)

“Banggannya ada lagu artis Malaysia dalam senarai! Okey boleh guna senarai lagu Putera Mateen untuk masa akan datang.

Kau Ilhamku dan Sedetik Lebih ada dalam senarai dengan Lana Del Rey serta Elton John. Pasangan pengantin ada ‘selera’ muzik yang bagus,” komen netizen.

Sementara itu, pelbagai lagu penyanyi antarabangsa turut menjadi pilihan pasangan pengantin seperti All Of Me (John Legend), All My Lovings (The Beatles), Can’t Help Falling in Love (Elvis Presley) dan Marry You (Bruno Mars).

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles