fbpx

Hanya dua hari pakaian seragam ke sekolah

PUTRAJAYA: Dua hari pakai pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko-kurikulum.

Itu adalah garis panduan dan peraturan pemakaian murid yang baharu sahaja diputuskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini.

Perkara itu dimaklunkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM, sebentar tadi.

Fadhlina memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian.

Fadhlina Sidek menetapkan hanya dua hari berpakaian seragam ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM

Sebelum ini, ibu bapa di seluruh negara tertanya-tanya mengenai peraturan pakaian seragam murid sedangkan sesi persekolahan baharu bakal bermula pada awal Mac depan.

Ketetapan dan garis panduan itu penting memandangkan ibu bapa perlu membuat persediaan dan keperluan kewangan di kala Ramadan juga bakal kunjung tiba pada bulan yang sama.

KPM sebelum ini sudah memberi kelonggaran pemakaian kepada murid pada Oktober 2021 sebaik sahaja sesi persekolahan dibuka selepas hampir dua tahun ditutup akibat wabak Covid-19.

Malah, sepanjang tahun lalu, kelonggaran sama diteruskan dan rata-rata murid serta ibu bapa mahu kelonggaran itu diteruskan bagi sesi persekolahan baharu nanti. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles