Program Berkelah dan Dakwah: Beri gambaran sebenar mengenai Islam

PULAU PINANG – Mencuba masakan tradisional rakyat Malaysia sempena Aidilfitri seperti  lemang dan rendang, selain demonstrasi silat lincah, menjadi daya tarikan utama beberapa pelancong asing di Armenian Park,  Lebuh Acheh di sini.

Para pelancong  yang hadir itu turut bertanyakan beberapa soalan mengenai masakan tradisional berkenaan dan juga demonstrasi silat lincah yang dipertontonkan.

Zolkifly Md. Lazim menunjukkan risalah mengenai Islam yang diedarkan kepada para pelancong luar negara.

Kehadiran para pelancong dari Jerman, Holland, Australia dan China itu juga diberikan kesempatan untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan agama Islam dan juga negara Malaysia.

Penaung myIKUT  yang  juga Pengerusi  Pertubuhan Silat Lincah Pulau Pinang , Zolkifly Md. Lazim memberitahu, program tersebut antara lain bagi mempromosikan masakan tradsional terutama sewaktu sambutan Aidilfitri.

“Mereka, para pelancong luar negara, begitu gemar masakan seperti lemang dan rendang selain ketupat.

“Malah, ada yang bertanya cara lemang dibakar dalam buluh,” katanya.

Jelas beliau, Program Berkelah Sambil Berdakwah itu  bertujuan merapatkan silaturahim penduduk tempatan dan pelancong luar negara.

“Dalam program ini, kita tunjukkan keharmonian penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Di samping itu, para pelancong berkenaan juga begitu berminat dengan seni mempertahankan diri seperti silat lincah.

“Kita jelaskan kepada mereka bahawa seni silat lincah ini bukan sahaja ilmu mempertahankan diri, malah salah satu cara untuk menjaga sihat tubuh badan,” katanya.

Di samping itu, Zolkifly memberiktahu, ada juga kalangan pelancong luar negara yang bertanyakan mengenai Islam.

Demonstrasi silat lincah menjadi daya tarikan para pelancong luar negara dalam Program Berkelah Sambil Berdakwah di Armenian Park, Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

“Dari penjelasan yang kita beri, mereka faham bahawa Islam itu mengamalkan keamanan, kesejahteraan, saling tolong-menolong dan banyak lagi.

“Kita juga edarkan risalah-risalah berkaitan Islam apabila ada yang  bertanyakan lebih terperinci mengenai Islam.

“ Malah dari kalangan NGO yang terlibat dalam program ini, ada yang memiliki latarbelakang guru agama seperti ustaz dan sebagainya. Mereka ini turut membantu memberi penjelasan mengenai Islam kepada pelancong yang hadir,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles