fbpx

Jamuan raya raikan jemaah umrah, meriah

KUALA LUMPUR – Kalangan jemaah umrah diraikan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bandar Puteri, Puchong di sini.

Mereka diraikan dalam satu majlis ringkas sebagai penghargaan terhadap sumbangan yang diberi sepanjang menyertai umrah pada tahun ini.

Turut memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu ialah mereka yang dijemput dari kalangan bukan Islam.

“Hari ini merupakan hari terakhir Syawal. Kita bukan sahaja meraikan jemaah umrah, malah turut hadir ialah mereka dari kalangan bukan Islam.

“Kita mahu mewujudkan kemesraan dalalm kalangan rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Rienz Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz.

Sementara itu, pada majlis yang sama, satu perjanjian dimeterai antara Rienz  Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) dan MCCS Services Sdn. Bhd.

Zulkifli Abdul Aziz (tiga dari kanan) bersama wakil dengan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) dan MCCS Services Sdn. Bhd. menunjukkan dokumen perjanjian bagi memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan yang mahu mengerjakan umrah.

Perjanjian itu antara lain bagi memberi kemudahan lebih luas kepada kakitangan kerajaan mengerjakan umrah dengan mudah dan selesa.

KKMB bertindak menyediakan pinjaman kredit manakala MCCS Services pula menyediakan kemudahan insurans takaful.

Anggota Lembaga Pengarah KKMB, Datuk Batamale Subramaniam ketika ditemui memberitahu, pada masa ini lebih 30,000 kakitangan kerajaan menjadi ahli KKMB.

“Perjanjian melibatkan tiga entiti ini  dapat memberi peluang dan kemudahan kepada setiap ahli KKMB untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles