Arteta teruja ikat Jesus, Viera

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui berpuas hati apabila berjaya mengikat penyerang Brazil, Gabriel Jesus dan pemain Portugal, Fabio Viera yang diharapkan dapat memperkuatkan skuad kendaliannya, musim ini.

Menurut Arteta, kredibiliti dimiliki kedua-dua pemain berkenaan diharapkan dapat mempertajamkan lagi jentera serangan skuad The Gunners.

“Kami berpuas hati apabila berjaya membawa masuk dua pemain ini dan kami akan terus cuba membawa masuk beberapa lagi pemain yang bersesuaian.

“Usaha ini akan diteruskan sehinggalah ke tarikh akhir jendela perpindahan nanti…kami mahu memastikan pasukan ini meningkat musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Arteta tetap merancang untuk membawa masuk beberapa pemain lagi dalam masa terdekat.

Jesus, 25, menjaringkan lapan gol dan sembilan hantaran dalam 28 perlawanan utama ketika bersama Manchester City musim lalu.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles